KOTA BHARU: Mangsa culik yang dilarikan kumpulan penjenayah pada 13 September lalu pulang ke rumah keluarganya petang tadi.
Rosnazirah Mohd Naim, 36 tahun, diiringi pulang oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun ke kediaman keluarga di Kota Bharu sekitar jam 2.50 petang.
“Kita serahkan kepada keluarga dalam keadaan baik dan selamat. Mungkin ada sedikit tekanan emosi, tapi semuanya baik. (Dia) bercakap dengan baik, (dan sudah) berjumpa dengan keluarga.
“Ini beri kesan bukan sahaja kepada keluarga tapi kepada semua yang memberi perhatian kepada kes ini. Sama-sama kita jadikan iktibar… masyarakat di Kelantan supaya sering ambil berat tentang keadaan orang lain,” ujar beliau.
Menurut Muhamad Zaki lagi, orang ramai dan kenalan dinasihatkan supaya tidak mengganggu mangsa buat sementara waktu bagi memberi ruang buat keluarga tersebut.
Katanya, usaha keras Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya Polis Kelantan dan Polis Thailand telah berjaya membawa pulang mangsa dalam keadaan selamat tanpa melibatkan sebarang pembayaran wang tebusan.
Jelasnya, pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan.
Pada masa sama, beliau meminta rakyat Kelantan menjadikan kejadian itu sebagai pengajaran agar tidak terlibat dalam mana-mana kumpulan pengedaran dadah.
Selepas dibenarkan pulang, pihak polis tidak bercadang untuk melakukan pemantauan di rumah atau menempatkan anggota menjaga keselamatan mangsa.
PDRM juga akan memberikan khidmat kaunseling kepada keluarga mangsa dan mangsa dalam menghilangkan kesan trauma yang dilalui.
Dalam pada itu, siasatan ke atas empat individu yang ditahan reman sebelum ini masih diteruskan.
Rosnazirah dilarikan empat individu dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Tumpat pada 13 September lepas.
Mangsa dikatakan dibawa lari ke Thailand oleh kumpulan dipercayai kartel dadah.
Tindakan membawa lari mangsa dikatakan ada kaitan dengan sindiket pengedaran dadah di Thailand.
Muhafandi Muhamad
Mon Oct 03 2022
Rosnazirah (kanan) dalam keadaan baik dan selamat dikembalikan ke pangkuan keluarganya di Kota Bharu sekitar jam 2.50 petang. - Astro AWANI
Anggota tentera meninggal dunia selepas acara larian
Allahyarham Staf Sarjan Mohd Irfan Faizal Ismail, 41, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di hospital kira-kira jam 10.25 malam.
Blockout 2024: 'Semua pihak jangan ambil tindakan ekstrem' - Menteri agama
Semua pihak diseru supaya tidak mengambil tindakan ekstrem termasuk memfitnah, mencaci dan mengugut dalam menunjukkan tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
Kolaborasi negara pesat membangun perlu diperkukuh, sokong ekonomi - Anwar
Kolaborasi antara negara sedang pesat membangun perlu diperkukuh agar dapat menyokong pertumbuhan ekonomi masing-masing dalam kalangan negara yang terlibat, kata Anwar.
Projek naik taraf Jalan Persekutuan FT3210 Hulu Langat manfaat 52,000 pengguna
Projek menaik taraf Jalan Persekutuan FT3210 dari Jalan Dato Alias ke persimpangan Batu 9, Hulu Langat yang dijangka siap pertengahan 2026.
EPL: VAR singkirkan keseronokan dalam bola sepak - Wayne Rooney
Wayne Rooney, berharap agar Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak lagi menggunakan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan liga musim depan.
Pemancing hilang di Empangan Tasik Pedu ditemui lemas
Mayat pemancing yang dipercayai lemas di Empangan Tasik Pedu, dekat Kuala Nerang pada Khamis lepas ditemui hari ini.
Harimau Malaya bakal uji kekuatan Indonesia?
Harimau Malaya dijangkakan akan menguji kekuatan Indonesia dalam satu perlawanan persahabatan sebelum bermulanya saingan Piala ASEAN 2024 nanti.
Taman Eko Rimba KL berpotensi jadi tarikan pelancong - Nik Nazmi
Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (TERKL) di Bukit Nenas berpotensi untuk dibangun dan dipromosikan sebagai satu lagi tarikan di ibu kota, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
Arsenal tidak akan menjadi juara liga - Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo, berkongsi pendapatnya dengan menjelaskan bahawa Arsenal tidak akan menjadi juara Liga Perdana Inggeris (EPL).
[TERKINI] KKM pantau lonjakan kes COVID-19 di Singapura
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memantau dengan teliti trajektori gelombang peningkatan dua kali ganda kes COVID-19 yang dilaporkan oleh Singapura baru-baru ini.
Culik ejen kosmetik: Gambar suspek sudah diedar - Polis Kelantan
Siasatan kes berkenaan bukan sahaja melibatkan kontinjen Kelantan sebaliknya Bukit Aman dan juga Polis Thailand.
Kes culik ejen kosmetik: "Beri ruang, kami sudah lalui pengalaman yang teruk" - Adik
Adik kepada Rosnazirah atau dikenali sebagai Azie, ejen jualan kosmetik yang diselamatkan selepas diculik sebelum ini, berkata kakak dan keluarganya telah melalui pengalaman yang amat teruk.
Ejen kosmetik mangsa culik selamat kembali ke rumah
Rosnazirah diiringi pulang oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun ke kediaman keluarga di Kota Bharu pada Isnin petang.
Mangsa culik akan dibenar pulang dalam masa terdekat - Polis
Muhamad Zaki berkata, keluarga mangsa tidak perlu bimbang kerana dia berada dalam keadaan baik dan sihat.
Kes culik ejen kosmetik: Siasatan masih berjalan, Bukit Aman minta jangan buat spekulasi
Siasatan kes tersebut masih berjalan dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan.
Kes culik: Ejen kosmetik berjaya diselamatkan, dibawa pulang hari ini
Seramai tujuh orang suspek lelaki warga tempatan telah ditahan di sekitar Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur bagi membantu siasatan.
Polis Thailand kongsi maklumat kes culik wanita dari Kelantan dengan PDRM
Polis Thailand berkata mereka telah berkongsi semua maklumat mengenai penculikan wanita Malaysia dari rumahnya di Tumpat, Kelantan pada 13 Sept, dengan rakan setugas mereka di Malaysia.
Kes culik ejen kosmetik: Polis Thailand serbu rumah suspek
Polis Thailand bertindak menyerbu sebuah rumah di pinggir Sungai Golok di Takbai dalam wilayah Narathiwat dalam usaha mengesan mangsa penculikan di Kampung Semat Jal, Tumpat sejak Selasa lalu.
Mungkin di Thailand, usaha sedang dilakukan kesan wanita diculik - Polis Kelantan
Pihak Polis Kelantan sedang berusaha menjejaki wanita yang dibawa lari oleh empat individu yang dipercayai berada di negara jiran.
Punca wanita diculik dipercayai ada kaitan dengan sindiket pengedaran dadah - Polis
Siasatan awal mendapati suami mangsa dipercayai terlibat dalam kumpulan sindiket tertentu.